Friday, 25 July 2014
Batu 3 Segari,Lumut
Assalammualaikum.....Segari,Lumut adalah salah satu spot memancing yang terbaik di sekitar daerah Manjung..boleh dikatakan di Segari masih banyak lubuk2 yang di diami oleh ikan2 yang belum di teroka sepenuhnya..Jadi entri kali ini aku nak bercerita tentang Batu 3,Segari di Lumut..Kawasan ini memang merupakan lubuk siakap yang menjadi idaman para pemancing muara..Port ni diberitahu oleh member aku yang berjaya mendaratkan siakap seberat 5.2kg..wow memang besar tu..jadi aku pun try la mane tahu ade rezeki..hihihi..
Tempat aku memancing kali ni di Kg Nelayan 3 di Batu 3 Segari,Lumut..terdapat chalet di Kg Nelayan 3 ni untuk para pemancing..jika tidak mahu menyewa chalet,pengunjung masih boleh memancing dengan syarat membayar rm3 dan boleh memancing dari pukul 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi..Di depan rumah kelong ni dikenali sebagai Sungai Sempit..
Cuaca pada pagi tu kurang cantik sebab hujan agak lebat..kemudian berhenti..dan hujan semula..ikan air masin ni kalau dah time hujan memang payah nak makan sebab air dah sejuk dan semakin payau..ada yang kata bila hujan ikan air masin ni kurang aktif..jadi dengan bersabarnye aku pun tunggu la.. hampir ke tengah hari tapi masih tak ade yang sudi memakan umpan..kalau ade pun anak2 ikan kecik je..tunggu siakap menyambar umpan tapi tak ada pun kelibat siakap bermain di atas air mengejar anak ikan..Tengah2 bersembang dengan kaki pancing kt situ tibe2 pulak tali pancing kendur..mungkin dah mengena ni aku pun mula mengarau tali..kemudian terasa ade yang melawan..rasa memang agak besar jugak tapi bukan siakap sebab kalau dah siakap dah tentu berdesit2 drag berbunyi..rupa2 nya semilang yang memakan umpan aku ni..agak besar jugak..bole dipanggil gemang dah..hihi..
Syukur le rezeki Allah bagi..ingatkan kumpau la..rupanya tak kumpau..balik rumah nanti takde la sape nak kutuk sebab bawak balik ikan..kalau tak bawak balik ikan je kena la kutuk..huhu..bese lah memancing ni ade masa rezeki kita ade masa takde rezeki..ape pun bersyukur dengan ape yang Allah bagi..
Balik2 je terus siang ikan ni buat masak asam pedas sebab ikan semilang memang sedap kalau buat asam pedas..cuba tengok kepala gemang ni je dah cukup besar untuk pinggan ni..memang sedap la rasa ikan semilang ni..bertambah2 makan pada waktu malam tu..hehehe..
P/s : Bila la nak dapat lesen siakap ni ye..huhuhu
Sunday, 6 July 2014
Balas Dendam di Lombong Tronoh
Assalamualaikum semua.. topik kali ini adalah tentang peristiwa repeat memancing di lombong tronoh..kali ni memancing sorang2 je..bertolak dari Ayer Tawar dalam pukul 7.30 dan sampai di lokasi dalam pukul 8..pepagi mang le takde kenderaan sangat time cuti2 ni jadi tu cepat je sampai...sampai2 je terus bancuh umpan..tak mau tunggu lama dah..hihihi
Ikan Ara dekat 1kg |
Lampam Jawa 700g |
Macam biasalah umpan guna kan dedak ayam kuning+tepung sikit dengan perisa pandan..macam biasa lah ikan lampam jugak yang sudi makan dulu..besar2 tapak tangan je pun...besar2 macam tu sedap la nak buat goreng cicah sambal kicap atau budu ke..hehehe..tengah2 menunggu tu pulak rod melentik len macam..gasak jugak ikan tu tarik..rupa2nya naik ikan ara skala dekat 1kg..kira ni lesen pertama la dapat ara..hehehe..selang dalam 20 minit lepas tu rod melentik kuat jugak..dalam hati ingatkan ikan ara la lagi naik..rupanya lampam jawa dalam skala 700g..Mak ai besar jugak lampam jawa ni berbeza dengan lampam ekor merah yang dapat dalam saiz tapak tangan..
Alhamdulillah..ini lah hasil pancingan aku untuk kali ini..terbalas jugak dendam aku kat lombong Tronoh ni..kes tak puas mancing kat sini dulu la tu yang nak balas dendam sangat ni..hihi..jadi la hasil banyak ni lepas jugak buat makan seminggu kan..
Ikan ara masak asam pedas |
Bila dah dapat hasil pancingan mesti nak makan ye dak? hehe..aku pun telefon la kawan yang penah dapat ikan ara ni masak ape yang sedap..dia kata masak asam pedas..ape lagi terus buat masak asam pedas la..memang rase ikan ara ni sedap dan dagingnya lembut..tulang pun tak banyak sangat jadi senang nak asing2 kan..memang bertambah nasi dua pinggan malam tu..hihihi.. ^_^
P/S :Kome pun boleh le try mancing ikan ara ni pastu buat asam pedas kompom terangkat ooo..
Subscribe to:
Posts (Atom)