Friday 25 July 2014

Batu 3 Segari,Lumut



Assalammualaikum.....Segari,Lumut adalah salah satu spot memancing yang terbaik di sekitar daerah Manjung..boleh dikatakan di Segari masih banyak lubuk2 yang di diami oleh ikan2 yang belum di teroka sepenuhnya..Jadi entri kali ini aku nak bercerita tentang Batu 3,Segari di Lumut..Kawasan ini memang merupakan lubuk siakap yang menjadi idaman para pemancing muara..Port ni diberitahu oleh member aku yang berjaya mendaratkan siakap seberat 5.2kg..wow memang besar tu..jadi aku pun try la mane tahu ade rezeki..hihihi..




Tempat aku memancing kali ni di Kg Nelayan 3 di Batu 3 Segari,Lumut..terdapat chalet di Kg Nelayan 3 ni untuk para pemancing..jika tidak mahu menyewa chalet,pengunjung masih boleh memancing dengan syarat membayar rm3 dan boleh memancing dari pukul 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi..Di depan rumah kelong ni dikenali sebagai Sungai Sempit..






Cuaca pada pagi tu kurang cantik sebab hujan agak lebat..kemudian berhenti..dan hujan semula..ikan air masin ni kalau dah time hujan memang payah nak makan sebab air dah sejuk dan semakin payau..ada yang kata bila hujan ikan air masin ni kurang aktif..jadi dengan bersabarnye aku pun tunggu la.. hampir ke tengah hari tapi masih tak ade yang sudi memakan umpan..kalau ade pun anak2 ikan kecik je..tunggu siakap menyambar umpan tapi tak ada pun kelibat siakap bermain di atas air mengejar anak ikan..Tengah2 bersembang dengan kaki pancing kt situ tibe2 pulak tali pancing kendur..mungkin dah mengena ni aku pun mula mengarau tali..kemudian terasa ade yang melawan..rasa memang agak besar jugak tapi bukan siakap sebab kalau dah siakap dah tentu berdesit2 drag berbunyi..rupa2 nya semilang yang memakan umpan aku ni..agak besar jugak..bole dipanggil gemang dah..hihi..






Syukur le rezeki Allah bagi..ingatkan kumpau la..rupanya tak kumpau..balik rumah nanti takde la sape nak kutuk sebab bawak balik ikan..kalau tak bawak balik ikan je kena la kutuk..huhu..bese lah memancing ni ade masa rezeki kita ade masa takde rezeki..ape pun bersyukur dengan ape yang Allah bagi..




Balik2 je terus siang ikan ni buat masak asam pedas sebab ikan semilang memang sedap kalau buat asam pedas..cuba tengok kepala gemang ni je dah cukup besar untuk pinggan ni..memang sedap la rasa ikan semilang ni..bertambah2 makan pada waktu malam tu..hehehe..


P/s : Bila la nak dapat lesen siakap ni ye..huhuhu



1 comment:

  1. CASINO - J.T. Marriott Philadelphia
    CASINO in the Casino 부산광역 출장마사지 at 성남 출장안마 Harrah's Philadelphia Casino Resort. 777 Harrahs 경기도 출장샵 Blvd. 계룡 출장샵 Chester, PA 18702. (570) 춘천 출장샵 388-6697.

    ReplyDelete