Thursday 26 June 2014

Terjah Lombong Tronoh

Assalammualaikum......

Entri kali ini adalah tentang pengalaman memancing lombong di sekitar kawasan Tronoh,Perak..Perak merupakan negeri kaya dengan lombong bijih timah dan bekas2 lombong tu sekarang menjadi tempat bagi kalangan kaki pancing..Di kawasan lembah kinta merupakan kawasan yang mempunyai beratus2 (ade yang kata beribu) lombong terbiar yang kini mempunyai beberapa spesis tertentu yang mendiami lombong2 terbiar ini...Di sini aku hendak berkongsi cerita tentang 1st experience memancing di lombong...kebiasaanya ikan2 lombong ni diet pemakanannya berbeza dengan ikan di sungai sebab ikan2 lombong ni hanya makan umpan yang betul2 sesuai..kalau tak kena dengan gayanya alamat membangau la jawabnya..hehe ^_^






Ini lah umpan yang akan digunakan nanti..simple2 je takde la 'killer' mane pun hahaha..resepi ni hanya basic je jika dibandingkan dengan otai2 lombong yang lain..takpe lah tak salah mencuba kan..





       


Boleh dikatakan lombong di Tronoh ni agak besar jugak..Info dari kawan beritahu terdapat ikan ara,lampan dan tongsan sisik halus disini..Melihat dari kocakan ikan mengambil udara di permukaan air,ikan2 di lombong ini banyak yang besar2 mungkin atas saiz 1kg..Lombong ni selesa disebabkan ada pokok2 boleh la berteduh daripada panas matahari..sesetengah lombong tu takde pokok langsung bole terbako ooo berjemur..Air di lombong ini pun bersih dan tak berbau mungkin ade saliran air keluar masuk sebab tu air bersih..ade lombong yang tak ade aliran air keluar masuk jadi airnya tak bersih tu yang buatkan ikan kt situ berbau sikit..hihi..





Proses membancuh umpan
Umpan yang aku gune hanyalah dedak ayam kuning(halus) dicampur dengan perisa pandan dari starbrand...resepi ini pun dapat dari kawan aku yang bagitahu..tapi satu kesilapan paling besar sekali sebab terlupa bawak tepung untuk digaulkan dengan dedak..kalau takde tepung mau peroi betul dedak ni jadi baru letak 5 minit dah kena isi dedak yang lain..huhuhu..





Lampam ekor merah
Untuk memancing di lombong perlu menggunakan mata bom yang ade spring tu..tujuan spring tu untuk memegang dedak dan di keliling spring tu ade mata kail..di mata kail tu boleh la letak pellet ikan atau roti..tujuan meletakkan pellet di mata kail tu untuk menjadikan mata kail tu terapung dan bile ikan menyedut dedak,secara automatik mata kail tadi yang terapung akan masuk ke mulut ikan itu..tapi ape yang aku tengok mata kail tu melekat di badan,kepala,perut ikan tu..mane taknye makan gelojoh sampai tersondol mata kail tu kt kepala,badan dan perut..hahaha..




Hasil memancing di lombong

Ini jela hasil kami memancing..hanya ikan lampam merah je yang sudi memakan umpan kami..yela memancing pun sekejap sangat sebab kawan yang memancing sama nak balik rumah di Ipoh atas urusan tertentu..hee spoil la baru nak syok layan ikan lombong..ikan ara dan tongsan sisik halus masih ade dilombong tu cuma lambat sikit nak makan umpan kot..



P/S : macam mane pun nk repeat jugak mancing kt lombong ni..tak puas ooo 
mancing kejap je..


Repeat semula disini http://pemancingnubis.blogspot.com/2014/07/balas-dendam-di-lombong-tronoh.html

Wednesday 18 June 2014

~Jambatan Bainun~

Assalammualaikum.......


Entri kali ni pulak tentang pengalaman pertama memancing di air masin..seorang kawan aku ni mengajak aku memancing di Jambatan Raja Permaisuri Bainun atau dengan nama ringkasnya orang sini panggil Jambatan Bainun la..Jambatan ni mempunyai lebih kurang 15 tiang(tak konfirm) kalau tak silap la sebab tak sempat nak mengira tiang2 ni bila sampai kt sana sebab excited punya pasal kan..haha ^_^ ..di bawah tiang2 ni lah kaki2 pancing memancing dengan pilihan untuk pergi ke mane2 tiang yang dirasakan sesuai untuk memancing..Dengar2 cerita tiang no 5,7 dan tiang yang ke 3 terakhir(kalau dari segari) mempunyai potensi menaikkan ikan2 gred A..Tak tahu le betoi ke idak sebab aku belum menge'test' lagi tiang2 yang disenaraikan tadi..untuk pergi ke tiang2 di Jambatan Bainun ni boleh le kontek tekong bot Ah Heng untuk dihantar ke mane2 tiang pilihan dengan bayaran satu kepala rm10..no telefon da terpampang dekat dinding jambatan ni siap banner lagi...Dengan membawa bekalan udang hidup,udang mati dan isi ikan kami mencuba nasib di sini... ~



Jambatan Bainun terletak di kawasan muara selat Dinding dan berdekatannya ada rumah kelong bagi pemancing yang nak memancing sambil bersantai sebab di kelong ni ade peralatan memasak seperti dapur..tandas..bekalan tenaga untuk lampu diwaktu malam dan juga bekalan air bersih..Dan kelong ni mampu menampung dalam 6-10 orang dalam satu masa cuma kelong Ah Heng je yang mampu menampung lebih ramai orang tapi tak syok la sebab kena berkongsi dengan pemancing lain..kalau nak yang privasi boleh menapak di kelong Cikgu Kamarul yang hanya dihadkan untuk group yang membooking kelong tu..bayaran pulak dalam lingkungan rm40 per pax untuk sehari..



         
            Kelihatan anak2 ikan banyak di tepi2 tiang



Setelah tunggu punya tunggu akhirnya bot pun sampai dan kawan aku ni memilih tiang no 3 untuk memancing..aku pun ikotkan je maklumlah mengikut orang jadi tak banyak le komplen..hihi..sampai je kt sana ape lagi terus labuhkan pancing la..tapi yang pelik tu baru je letak umpan dah terus hilang umpannya...tapi ikan tak lekat...pelik jugak tu..ikan ape yang makan?? rupanya kawan aku beritahu ikan gelama yang makan tu sebab kalau pancing dibiarkan lama tak diangkat hilang umpan le jawabnye..

Mula2 tu rasa macam 'noob' sangat tengok kawan asyik naik ikan walaupun gelama..aku pun pelik jugak sebab mata kail dah kecik tapi ikan gelama tak lekat langsung di mata kail..jadi aku pun kaji punya kaji akhirnya baru aku dapat tahu kalau nak memancing gelama ni tak boleh biarkan joran macam tu je kena sentiasa pegang joran..kalau dihenjut sikit cepat2 kita rentap joran barulah ikan gelama tu melekat dekat mata kail..kalau di biarkan je leboh le umpan.. !!





Ini lah jenis ikan yang sudi memakan umpan kami...Ikan gelama,kekek(macam ikan GT je),kaci dan gerut2...walaupun bersaiz agak baby tapi Alhamdulillah la sebab ade jugak ikan yang naik lebih2 lagi bagi orang macam aku yang pertama kali memancing di air masin..ade jugak lesen...hehehe..belum ade rezeki lagi daratkan ikan gred A ataupun yang bersaiz besar dalam anggaran 1kg keatas..Mungkin dekat tiang no 3 ni tak ade ikan besar bermain tapi kalau memancing tak kira di tiang mana kalau dah rezeki kita dapat jugak yang besar2.. ^_^



      
       Seronok dapat lesen gerut2 hehe
Hasil pancingan dekat 3kg seorang
Disebabkan lama menunggu ikan gred A memakan umpan jadi kami pun memancing gelama sahaja buat hilang boring..pantang letak je mesti dapat..sekali angkat pun dalam 2 ekor yang terlekat sama(pasangan kekasih kot yang makan ni hehe)...Kami pun mancing la gelama sampai lenguh2 tangan dibuatnya..Akhirnya dekat pukul 3 petang kami pun berangkat pulang dengan membawa dekat 3kg ikan dibahagikan kepada masing2..kira kami memancing ikan gelama sampai 6kg!! bayangkan banyak mana kami pancing ikan ni hahahaha..sampai je rumah dah tergaru kepala macam mana nak masukkan semua ikan2 ni kt dalam peti ais..ape lagi goreng la banyak2 buat makan macam tu je..kalau digoreng garing pun sedap jugak rasanya..hihi..




P/S: Agak2 kalau dapat banyak macam ni korang buat ape ye? buat pekasam ke? hehe














Sunday 15 June 2014

Pengalaman pertama memancing di Sungai Perak

Assalamualaikum.......

Sebelum membaca entri ini aku nak beritahu ini lah pengalaman aku yang pertama menggunakan joran dan mesin untuk memancing (dulu masa kecik2 guna pelepah sawit je hehe) ..Port ni di bagitahu oleh seorang kawan aku ni yang mempunyai nick name yg agak pelik iaitu "Pa" ..hihi tergelak jugak aku dengar nama tu bile mula2 mengenal beliau..Trip ni aku pergi sorang2 maklum la segan kalau tak pandai memancing takde sape yang tengok haha..Dengan berbekalkan umpan cacing dan cengkerik aku mencuba nasib di tempat ni..Lokasi memancing betul2 belakang Track Sprintest Kg Gajah



Ikan sungai pertama dinaikkan
Ikan Selat

Ha inilah ikan sungai pertama yang dapat aku naikkan baru letak seminit dah pancing kena sentap (seronok betul masa tu sampai naik ke atas tebing nk amik gambar ikan ni).Orang panggil ni ikan selat..rupa macam ikan belida tapi jenis kecik la..macam haruan dengan toman jugak sama tapi tak serupa..






Bertalu2 ikan selat ni membaham cacing aku..pantang letak je mesti lekat..tak cukup tangan masa tu..sampai kaki aku sendiri masuk dalam selut.
Kalau diperhatikan betul2 kt dalam gambar tu mesti nampak kesan lubang selut..hehehe..




Anak Baung
Lesen baung yang pertama
Ni pulak anak ikan baung..ikan ni mengeluarkan bunyi "grok2" lebih kurang macam tu la bunyinye hehe..tak sangka dapat pulak sebab biase kebanyakan orang cakap kalau nak pancing baung ni kena gune umpan busuk macam perut ayam atau umpan tapa..hanya sekor anak baung je yang dapat..



Ikan Talapia
Dalam asyik2 menarik ikan tibe2 pulak dapat talapia ni..mula2 hampir tak cam sebab biase tengok talapia kt pasar yang kaler hitam dengan yang merah je..Talapia yang dapat ni pulak warna kehijauan macam warna ikan puyu je..kadang2 tengok joran tak melentik tapi bila angkat rupanya ade talapia yang dah tersangkut..




18 ekor kesemuanya
Lagi 2 ekor tengah kena siang



Alhamdulillah hasil memancing selama 3 jam..walaupun terbakor dibawah sinaran matahari tapi hasilnya betul2 puas hati..maklumlah pertama kali memancing kt sungai dan 1st time gune alatan memancing macam ni..balik2 tu je tunjuk hasil pancingan aku ni dekat ibu...baru ibuku tahu bahawa anak dia ni ade bakat memancing sejak kecil lagi(gurau je)..hehe







Ikan2 yang dipancing tadi pun terus disiang..Jenuh jugak nak menyiangnya sebab kesemuanya 18ekor..Selesai je menyiang ape lagi terus goreng la..Pilihan pertama mesti la ikan talapia ni digoreng dahulu..cicah pulak dengan sambal kicap..memang ummpphh.. ape2 pun bila makan hasil pancingan sendiri memang puas hati boleh hilang segala penat lelah memancing..