Sunday 15 June 2014

Pengalaman pertama memancing di Sungai Perak

Assalamualaikum.......

Sebelum membaca entri ini aku nak beritahu ini lah pengalaman aku yang pertama menggunakan joran dan mesin untuk memancing (dulu masa kecik2 guna pelepah sawit je hehe) ..Port ni di bagitahu oleh seorang kawan aku ni yang mempunyai nick name yg agak pelik iaitu "Pa" ..hihi tergelak jugak aku dengar nama tu bile mula2 mengenal beliau..Trip ni aku pergi sorang2 maklum la segan kalau tak pandai memancing takde sape yang tengok haha..Dengan berbekalkan umpan cacing dan cengkerik aku mencuba nasib di tempat ni..Lokasi memancing betul2 belakang Track Sprintest Kg Gajah



Ikan sungai pertama dinaikkan
Ikan Selat

Ha inilah ikan sungai pertama yang dapat aku naikkan baru letak seminit dah pancing kena sentap (seronok betul masa tu sampai naik ke atas tebing nk amik gambar ikan ni).Orang panggil ni ikan selat..rupa macam ikan belida tapi jenis kecik la..macam haruan dengan toman jugak sama tapi tak serupa..






Bertalu2 ikan selat ni membaham cacing aku..pantang letak je mesti lekat..tak cukup tangan masa tu..sampai kaki aku sendiri masuk dalam selut.
Kalau diperhatikan betul2 kt dalam gambar tu mesti nampak kesan lubang selut..hehehe..




Anak Baung
Lesen baung yang pertama
Ni pulak anak ikan baung..ikan ni mengeluarkan bunyi "grok2" lebih kurang macam tu la bunyinye hehe..tak sangka dapat pulak sebab biase kebanyakan orang cakap kalau nak pancing baung ni kena gune umpan busuk macam perut ayam atau umpan tapa..hanya sekor anak baung je yang dapat..



Ikan Talapia
Dalam asyik2 menarik ikan tibe2 pulak dapat talapia ni..mula2 hampir tak cam sebab biase tengok talapia kt pasar yang kaler hitam dengan yang merah je..Talapia yang dapat ni pulak warna kehijauan macam warna ikan puyu je..kadang2 tengok joran tak melentik tapi bila angkat rupanya ade talapia yang dah tersangkut..




18 ekor kesemuanya
Lagi 2 ekor tengah kena siang



Alhamdulillah hasil memancing selama 3 jam..walaupun terbakor dibawah sinaran matahari tapi hasilnya betul2 puas hati..maklumlah pertama kali memancing kt sungai dan 1st time gune alatan memancing macam ni..balik2 tu je tunjuk hasil pancingan aku ni dekat ibu...baru ibuku tahu bahawa anak dia ni ade bakat memancing sejak kecil lagi(gurau je)..hehe







Ikan2 yang dipancing tadi pun terus disiang..Jenuh jugak nak menyiangnya sebab kesemuanya 18ekor..Selesai je menyiang ape lagi terus goreng la..Pilihan pertama mesti la ikan talapia ni digoreng dahulu..cicah pulak dengan sambal kicap..memang ummpphh.. ape2 pun bila makan hasil pancingan sendiri memang puas hati boleh hilang segala penat lelah memancing..




3 comments:

  1. Bro bukan tilapia tu... ikan prik atau ikan patung namanye..

    ReplyDelete
  2. NBA Spread Predictions Today dafabet dafabet 코인카지노 코인카지노 dafabet link dafabet link 5983Football Betting Odds Paddy Power

    ReplyDelete
  3. mantap perkongsian saudara.. walaupun dah lama..rasanya sekarang ni jadi pemancig tegar dah kot..hehehee

    ReplyDelete