Wednesday 18 June 2014

~Jambatan Bainun~

Assalammualaikum.......


Entri kali ni pulak tentang pengalaman pertama memancing di air masin..seorang kawan aku ni mengajak aku memancing di Jambatan Raja Permaisuri Bainun atau dengan nama ringkasnya orang sini panggil Jambatan Bainun la..Jambatan ni mempunyai lebih kurang 15 tiang(tak konfirm) kalau tak silap la sebab tak sempat nak mengira tiang2 ni bila sampai kt sana sebab excited punya pasal kan..haha ^_^ ..di bawah tiang2 ni lah kaki2 pancing memancing dengan pilihan untuk pergi ke mane2 tiang yang dirasakan sesuai untuk memancing..Dengar2 cerita tiang no 5,7 dan tiang yang ke 3 terakhir(kalau dari segari) mempunyai potensi menaikkan ikan2 gred A..Tak tahu le betoi ke idak sebab aku belum menge'test' lagi tiang2 yang disenaraikan tadi..untuk pergi ke tiang2 di Jambatan Bainun ni boleh le kontek tekong bot Ah Heng untuk dihantar ke mane2 tiang pilihan dengan bayaran satu kepala rm10..no telefon da terpampang dekat dinding jambatan ni siap banner lagi...Dengan membawa bekalan udang hidup,udang mati dan isi ikan kami mencuba nasib di sini... ~



Jambatan Bainun terletak di kawasan muara selat Dinding dan berdekatannya ada rumah kelong bagi pemancing yang nak memancing sambil bersantai sebab di kelong ni ade peralatan memasak seperti dapur..tandas..bekalan tenaga untuk lampu diwaktu malam dan juga bekalan air bersih..Dan kelong ni mampu menampung dalam 6-10 orang dalam satu masa cuma kelong Ah Heng je yang mampu menampung lebih ramai orang tapi tak syok la sebab kena berkongsi dengan pemancing lain..kalau nak yang privasi boleh menapak di kelong Cikgu Kamarul yang hanya dihadkan untuk group yang membooking kelong tu..bayaran pulak dalam lingkungan rm40 per pax untuk sehari..



         
            Kelihatan anak2 ikan banyak di tepi2 tiang



Setelah tunggu punya tunggu akhirnya bot pun sampai dan kawan aku ni memilih tiang no 3 untuk memancing..aku pun ikotkan je maklumlah mengikut orang jadi tak banyak le komplen..hihi..sampai je kt sana ape lagi terus labuhkan pancing la..tapi yang pelik tu baru je letak umpan dah terus hilang umpannya...tapi ikan tak lekat...pelik jugak tu..ikan ape yang makan?? rupanya kawan aku beritahu ikan gelama yang makan tu sebab kalau pancing dibiarkan lama tak diangkat hilang umpan le jawabnye..

Mula2 tu rasa macam 'noob' sangat tengok kawan asyik naik ikan walaupun gelama..aku pun pelik jugak sebab mata kail dah kecik tapi ikan gelama tak lekat langsung di mata kail..jadi aku pun kaji punya kaji akhirnya baru aku dapat tahu kalau nak memancing gelama ni tak boleh biarkan joran macam tu je kena sentiasa pegang joran..kalau dihenjut sikit cepat2 kita rentap joran barulah ikan gelama tu melekat dekat mata kail..kalau di biarkan je leboh le umpan.. !!





Ini lah jenis ikan yang sudi memakan umpan kami...Ikan gelama,kekek(macam ikan GT je),kaci dan gerut2...walaupun bersaiz agak baby tapi Alhamdulillah la sebab ade jugak ikan yang naik lebih2 lagi bagi orang macam aku yang pertama kali memancing di air masin..ade jugak lesen...hehehe..belum ade rezeki lagi daratkan ikan gred A ataupun yang bersaiz besar dalam anggaran 1kg keatas..Mungkin dekat tiang no 3 ni tak ade ikan besar bermain tapi kalau memancing tak kira di tiang mana kalau dah rezeki kita dapat jugak yang besar2.. ^_^



      
       Seronok dapat lesen gerut2 hehe
Hasil pancingan dekat 3kg seorang
Disebabkan lama menunggu ikan gred A memakan umpan jadi kami pun memancing gelama sahaja buat hilang boring..pantang letak je mesti dapat..sekali angkat pun dalam 2 ekor yang terlekat sama(pasangan kekasih kot yang makan ni hehe)...Kami pun mancing la gelama sampai lenguh2 tangan dibuatnya..Akhirnya dekat pukul 3 petang kami pun berangkat pulang dengan membawa dekat 3kg ikan dibahagikan kepada masing2..kira kami memancing ikan gelama sampai 6kg!! bayangkan banyak mana kami pancing ikan ni hahahaha..sampai je rumah dah tergaru kepala macam mana nak masukkan semua ikan2 ni kt dalam peti ais..ape lagi goreng la banyak2 buat makan macam tu je..kalau digoreng garing pun sedap jugak rasanya..hihi..




P/S: Agak2 kalau dapat banyak macam ni korang buat ape ye? buat pekasam ke? hehe














2 comments: